Novel Rimba Harapan karya Keris Mas
Novel Rimba Harapan ini berlatarbelakangkan Ketari, Bentong dan Janda Baik dalam dekad 1920-an dan 1930-an. Betapa tergugatnya kehidupan sosial, ekonomi dan kepercayaan orang Melayu oleh dasar penjajahan memaksa peluasan penanaman getah dan industri perlombongan bijih secara besar-besaran selepas Perang Dunia Pertama dan betapa bencana alam membantu dasar Inggeris ini mempengaruhi dan menghancurkan ketenteraman cara hidup orang Melayu hingga lari meneroka hidup baru ke hutan-hutan. Janda Baik diteroka dan dibuka dengan kegigihan dan penderitaan orang Melayu. Semuanya membuka mata dan fikiran tentang tafsiran sejarah yang penting yang mengubah cara berfikir dan sikap orang Melayu.