Novel Sukma Angin karya Arena Wati

 


“Sukma Angin” adalah sebuah novel yang dikarang oleh sasterawan negara iaitu Arena Wati pada tahun 1999.  Novel ini menyingkap beberapa sejarah yang menjadi titik permulaan dalam sebuah kehidupan. Penulisan novel ini mengenai Melayu yang mula kehilangan jati dirinya atau akar sejarah yang diremangi oleh ekstasi kehidupan terkini yang cuba memadamkan semangat nassionalisme.

                “Sukma Angin” merupakan sebuah Riwayat kapal besar dan ilmu tradisi mengenai laut dan kapal itu sendiri. Sikap pelaut Makasar ditampilkan melalui watak dan perwatakan Nakhoda Supuk dan Nakhoda Saparak yang nantinya berjaya mengubah pendirian anak muda seperti Darusi dan Dauda untuk mengikut jejak langkah mereka dalam mengendalikan pelayaran. Sebagai orang tua yang banyak pengalaman kedua-dua nakhoda ini tidak pernah bersikap keras sewaktu menerangkan tugas seorang nakhoda kepada darusi yang sentiasa menolak segala insur magis yang melatari ilmu yang dimiliki oleh kedua-dua nakhoda tersebut. Mereka sebaliknya lebih kepada membiarkan darusi menerima dan merasai sendiri kesan daripada pemberontakannya. Menerusi novel ini pembaca dapat merasai gelora laut, debaran setiap kelasi kapl ketika kapal mereka dilambung ombak, dan kerinduan pelaut kepada keluarga tercinta.

Arena Wati menampilkan peristiwa dan pergerakan kapal sehingga mampu mengajak pembaca untuk merujuk peta laut Celebes, Selat Makasar dan bergerak dari Pelabuhan Fremantle melalui lautan Hindi terus ke Pelabuhan Durban.

                Beliau juga menjadikan novel ini sebagai cerminan kepada bangsa Melayu agar mereka tidak lena dibuai mimpi dan harus sedar bahawa Melayu adalah bangsa yang besar, memiliki bahasa yang besar dan mempunyai kuasa politik yang besar. Dan Sukma Angin ini bukanlah sebuah kapal agama ssemata-mata, namun ia sebuah kerajaan tersergam. 

Comments

Popular posts from this blog

Novel Imam karya Abdullah Hussain

Juara karya S. Othman

S. Othman