Novel Srengenge karya Shanon Ahmad
Novel yang bertajuk “Srengnge” merupakan karya hasil
sasterawan negara iaitu Shanon Ahmad. Novel ini telah diterbitkan pada tahun
1973. Kemudian novel ini telah terpilih sebagai novel terbaik pada tahun yang
sama buku ini telah diterbitkan. Perkataan “srengenge” ini berasal dari bahasa
Jawa kuno yang bermaksud matahari menurut penerangan dari Shahnon Ahmad. Nama
srengenge ini diambil sempena nama sebuah bukit iaitu Bukit Srengenge. Bukit
ini dapat dilihat di Sik, Kedah, tempat kelahiran Shanon Ahmad. Namun, penduduk
kampung di situ memanggilnya dengan nama Bukit Enggang. Kemudian, Shanon Ahmad
telah menukarkan nama Enggang kepada Srengenge.
Novel
ini mengisahkan sebuah masyarakat Melayu kampung yang percaya kepada kewujudan
semangat halus atau penunggu di Bukit Srengenge. Selain itu, terdapat
perbalahan yang tercetus di antara dua kumpulan masyarakat di bukit tersebut.
Antara kumpulan tersebut, iaitu kelompok yang kuat mempertahankan kepercayaan
lama mereka iaitu animisme, manakala kelompok yang lain yang menentang amalan
kepercayaan tersebut.
Comments
Post a Comment