Novel Imam karya Abdullah Hussain
Novel ‘Imam’ merupakan salah satu karya yang dihasilkan oleh
Abdullah Hussain pada tahun 1995. Abdullah Hussain telah membawakan watak imam
dalam novel ini. Kisah yang berkisarkan tentang perjuangan seorang imam dalam
membawa perubahan di kampungnya sendiri merupakan agenda yang dipersembahkan
dalam novelnya. Namun perjuangan imam tersebut mendapat tentangan yang hebat
dari penduduk kampung. Hal ini kerana imam tersebut yang bernama Haji Mihad
yang sekian lama tidak pulang ke halaman kampugnya kerana mengiktui angkatan
tentera di Sarawak. Dan ia menggelisahkan jiwa sesetengah penduduk kampung
tersebut.
Dalam
penceritaan ini, pembaharuan yang ingin dilakukan oleh Haji Mihad itu atas
faktor kesedaran dan keprihatinannya terhadap kampung tersebut. Namun, ia
menjadi satu persoalan yang besar dan penting sehinggakan pihak Majlis Agama
turut turun pandang meninjau segala perubahan yang dilakukan. Segala tindak
tanduk yang dilakukan oleh imam tersebut sentiasa diawasi oleh pihak Majlis
Agama. Hal ini kerana perubahan yang dibawa sukar diterima oleh penduduk
kampung dan mereka menganggap ia adalah sesat.
Imam
tersebut turut disoal siasat oleh pihak agama. Namun, beliau tetap berhemah dan
bersabar dalam memberikan jawapan setiap persoalan yang dilontarkan. Walau
bagaimanapun, terdapat perbalahan diantara mereka, beliau tulus memberi hujah
yang bernas berdasarkan pengetahuannya dalam menuntut ilmu.
Di kala
pimpinan Haji Mihad itu, terbit sifat hasad dengki dalam diri Haji Syamsuri.
Haji Syamsuri menggunakan pelbagai taktik dalam mendapatkan jawatan imam di
Masjid Muhammad Salleh termasuk cuba mempengaruhi saudaranya, Debok.
Natijahnya, ia tidak membawa sebarang hasil yang memuaskan. Dan menyebabkan
beliau menghantar orang upahan menakutkan Haji Mihad, sebaliknya ia menjadi
peristiwa pembunuhan yang menggemparkan penduduk kampung. Kehilangan Haji Mihad
dirasai seperti hilangnya seorang pemimpn agama yang ingin membawa manusia
dekat kepada Ilahi.
Kesimpulannya,
kisah ini harus diambil iktibar oleh semua manusia. Dimana kehadiran atau
utusan yang datang dengan pembaharuan harus kita terima dengan hati terbuka
melainkan ia bertentangan dengan hukum hakam agama Allah.
Comments
Post a Comment