S. Othman


 S. Othman Kelantan adalah salah seorang sasterawan negara yang berbakat dalam pengarangan. Beliau bermula sebagai penulis daripada Utusan Kanak-kanak dan Tunas, kemudian Hiboran dan Mutiara. Dari terbitan puisi dan cerpen dalam majalah Hiboran dan Mutiara ini, beliau dapat mengembangkan karya kreatifnya. Natijahnya, beliau menjadi seorang yang terkenal dalam bidang ini.

               Beliau dilahirkan pada 31 Disember 1983 di Tebing Tinggi, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan. Pendidikan awal yang beliau terima di Sekolah Melayu Sabak sehingga beliau lulus darjah V pada tahun 1950. Kemudian, beliau menyambung pengajian di darjah VI di Sekolah Melayu Rambutan Rendang. Pada tahun 1957, beliau berkhidmat sebagai guru terlatih dengan kelulusan Sijil Perguruan TUOS.

               Beliau memperoleh kelulusan dalam Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1964 hasil daripada pembelajaran kendirinya serta peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan pada tahun 1971. Beliau meneruskan pengajiannya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1979, dan Ijazah Sarjana  pada tahun 1982, kedua-dua peringkat tersebut dalam bidang sastera di Universiti Sains Malaysia. Dan beliau memperoleh Ph.D. di Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 19950.

               Antara novel beliau yang terkenal ialah Pengertian (1966), Pertentangan (1967), Angin Timur Laut (1969), Perjudian (1973), Juara (1973), Perwira (1980), Ruang Perjalanan (1989), Wajah Seorang Wanita (1990), Ustaz (1991), Nagogho Astana (1997), dan Orang Kota Bharu (2003. Beliau juga menghasilkan lima buah antologi cerpen persendirian.

               Dalam bidang cerpen, S. Othman Kelantan telah berhasil membentuk namanya sebagai cerpenis yang berjaya sesudah melahirkan sebuah cerpen bertajuk “Pahlawan Lembu” yang hingga kini cukup popular di kalangan peminat cerpen tanah air. Sehingga kini. S. Othman telah menghasilkan lebih 170 buah cerpen.

               Akhir sekali, setiap idea yang dibangkitkan dalam karya-karyanya sangat berkait rapat dengan kehidupan dan pemikiran beliau. Namun hasil karya yang dihasilkan sangat membuka minda dan hati pembaca. Dan juga hasil karya beliau itu, berdasarkan pengalaman beliau dalam pembacaannya yang menyuntik dan menjadikan beliau seorang pengarang yang berjaya.

Comments

Popular posts from this blog

Novel Imam karya Abdullah Hussain

Juara karya S. Othman