Posts

Showing posts from May, 2022

Novel Rantau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad

Image
  “Rantau Sepanjang Jalan” adalah novel yang dihasilkan oleh Shanon Ahmad pada tahun 1966, dan diterbitkan oleh Penerbit Abbas Bandung, Melaka. Novel ini membangkitkan isu kepayahan dan kemiskinan keluarga petani. Novel ini mengangkat erti kasih sayang, kekuatan, kegigihan, ketabahan dan perjuangan di dalam sekelompok masyarakat tani di desa. Selain itu, novel ini juga memupuk nilai kemiskinan melalui kesederhanaan, ketakwaan, kesabaran, keikhlasan, dan kejujuran seseorang ketika mengalami kesukaran dalam menjalani kehidupan di dunia. Kisah yang dibawakan oleh Shanon Ahmad dalam novel ini terdiri daripada sebuah keluarga, Lahuma dan isterinya Jeha bersama tujuh anak mereka iaitu Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar, dan Kiah. Mereka sekeluarga berjuang dalam menguruskan sawah sebanyak 14 relung yang merupakan sumber kehidupan mereka. Lahuma merupakan ketua keluarga yang menyara keluarganya bertungkus-lumus mnguruskannya, walaupun hasil kadang-kadang tidak seberapa. Pada satu kejad

Juara karya S. Othman

Image
Novel Juara merupakan salah satu karya sastera yang telah dihassilkan oleh Sasterawan Negara S. Othman Kelantan. Isu atau idea yang diketengahkan oleh pengarang dalam penulisan novel Juara ini adalah isu politik Melayu yang telah disimbolkan dengan kisah perlagaan lembu. Beliau turut menyelitkan testimoni kekecewaan peribadinya. Novel ini berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat di negeri Kelantan dan gaya hidup mereka.                 Dalam novel ini, pengarang memperlihatkan pemikiran tentang politik dan perjuangan orang Melayu. Lantaran itu, nivel ini menjadi refleksi politik Melayu pada waktu itu dimana terdapat pegolakan politik di negara. Istilah Juara yang dijadikan sebuah tajuk novel ini merujuk kepada seorang ‘pembasuh’ laga lembu yang mana merupakan satu permainan yang diminati oleh masyarakat Siam ketika itu.                 Di samping itu, S. Othman juga mengangkat beberapa mesej yang disampaikan dalam penulisan novel ini. Antara mesej yang dapat kita lihat dalam karya

Novel Ayahanda karya Azizi Haji Abdullah

Image
  Novel bertajuk “Ayahanda” ini adalah salah satu karya yang ditulis olah Azizi Haji Abdullah. Pengarang membawakan latar belakang masa pada tahun 60-an sehigga tahun 80-an. Dalam novel ini, Azizi Haji Abdullah memaparkan sosio eknomi orang melayu di kampung, di samping menyelitkan kasih dan perasaan seorang bapa terhadap anak-anaknya.                 Pengarang juga membangkitkan kritikan sosial dalam hubungan kekeluargaan, malah menimbulkan persoalan perihal bagaimana bakat muda seharusnya menghargai bakat tua. Hal ini menjadi satu konflik dimana Jemaah kampung tidak dapat menerima khtubah dari seorang imam tua di masjid yang beliau lazimi.                 Kisah yang dipersembahkan dalam novel ini begitu memberi impak yang tinggi dalam jiwa anak muda. Teladan yang saya perolehi dalam karya ini adalah walaupun kita mempunyai pandangan yang bertentangan dengan bapa kita. Sebagai seorang anak dan beragama islam, kita harus menghormatinya dengan hati yang rendah. Kita juga boleh menyu

Novel Imam karya Abdullah Hussain

Image
  Novel ‘Imam’ merupakan salah satu karya yang dihasilkan oleh Abdullah Hussain pada tahun 1995. Abdullah Hussain telah membawakan watak imam dalam novel ini. Kisah yang berkisarkan tentang perjuangan seorang imam dalam membawa perubahan di kampungnya sendiri merupakan agenda yang dipersembahkan dalam novelnya. Namun perjuangan imam tersebut mendapat tentangan yang hebat dari penduduk kampung. Hal ini kerana imam tersebut yang bernama Haji Mihad yang sekian lama tidak pulang ke halaman kampugnya kerana mengiktui angkatan tentera di Sarawak. Dan ia menggelisahkan jiwa sesetengah penduduk kampung tersebut.                 Dalam penceritaan ini, pembaharuan yang ingin dilakukan oleh Haji Mihad itu atas faktor kesedaran dan keprihatinannya terhadap kampung tersebut. Namun, ia menjadi satu persoalan yang besar dan penting sehinggakan pihak Majlis Agama turut turun pandang meninjau segala perubahan yang dilakukan. Segala tindak tanduk yang dilakukan oleh imam tersebut sentiasa diawasi oleh