Novel Rantau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad

 




“Rantau Sepanjang Jalan” adalah novel yang dihasilkan oleh Shanon Ahmad pada tahun 1966, dan diterbitkan oleh Penerbit Abbas Bandung, Melaka. Novel ini membangkitkan isu kepayahan dan kemiskinan keluarga petani. Novel ini mengangkat erti kasih sayang, kekuatan, kegigihan, ketabahan dan perjuangan di dalam sekelompok masyarakat tani di desa. Selain itu, novel ini juga memupuk nilai kemiskinan melalui kesederhanaan, ketakwaan, kesabaran, keikhlasan, dan kejujuran seseorang ketika mengalami kesukaran dalam menjalani kehidupan di dunia.

Kisah yang dibawakan oleh Shanon Ahmad dalam novel ini terdiri daripada sebuah keluarga, Lahuma dan isterinya Jeha bersama tujuh anak mereka iaitu Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar, dan Kiah. Mereka sekeluarga berjuang dalam menguruskan sawah sebanyak 14 relung yang merupakan sumber kehidupan mereka. Lahuma merupakan ketua keluarga yang menyara keluarganya bertungkus-lumus mnguruskannya, walaupun hasil kadang-kadang tidak seberapa. Pada satu kejadian, Lahuma terpijak onak nibung yang meragut nyawanya. Oleh itu, Jeha, isteri Lahuma terpaksa memikul tanggungjawab tersebut demi menyara keluarganya setelah kematian suaminya. Cabaran dan rintangan tetap ditempuhi. Ketiadaan suaminya, Jeha dan anak-anak perempuannya pula berusaha mengerjakan sawah tinggalan suaminya.

Akibat penderitaan yang dialami oleh Jeha, dia mengalami masalah mental. Maka Sanah, anak sulungnya memikul tanggungjawab keluarga demi membesarkan adik-adiknya yang lain. Dia juga meneruskan perjuangan ibu dan ayahnya untuk menguruskan sawah mereka.

Beberapa mesej yang dikemukan Shanon Ahmad dalam novel “Ranjau Sepanjang Jalan” yang boleh kita lihat. Antaranya, kehidupan sebuah keluarga yang bergantung kepada tanaman padi sebagai sumber bekalan mereka, cabaran dan rintangan yang dihadapi  dalam mencari rezeki, kesetiaan ahli keluarga mengahrungi kehidupan dan masalah yang dihadapi petani dalam menghadapi bencana alam.


Comments

Popular posts from this blog

Novel Imam karya Abdullah Hussain

Juara karya S. Othman

S. Othman