Shahnon Ahmad





Shanon bin ahmad nama diberi yang dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Banggul Derdap, Kedah. Beliau merupakan pengarang dalam kesusasteraan melayu yang terkenal dengan pelbagai hasil karya yang mengetengahkan pelbagai idea fikiran. Beliau terkenal dalam bidang ini disebabkan oleh bakat seni, keseriusan dan mempunyai falsafah sendiri. Sifat-sifat sedemikian telah menampakkan diri beliau sebagai seorang sasterawan yang unggul.

                Beliau mendapat Pendidikan awal di sekolah Melayu di Sik dan lulus darjah V pada tahun 1946. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar sehingga lulus Sijil Persekolahan. Beliau merupakan seorang guru ingeeris yang mengajar di Grammar English School, Terengganu pada tahun 1954. Beliau bertugas sebagai Pegawai Tentera di Port Dickson bermula dari tahun 1955 sehinggan 1956. Terjadi sebuah kemalangan yang mendetikkan hati beliau untuk berhenti dari lapangan tentera. Oleh itu, beliau kembali memikul tanggungjawab sebagai guru di Sekolah Melayu Gunung dan Sekolah Bukit Besar, Kedah dari tahun 1957 hinggan tahun 1959.

                Kemudian, beliau bertugas sebagai guru di Maktab Sultan Abdul Hamid bermula tahun 1960 hingga tahun 1963. Dan beliau berpindah ke Jenan, berkhidmat untuk mengajar sastera di Sekolah Sultan Abdul Hamid hingga tahun 1967. Beliau terus menjadi seorang pendidik sehingga pada tahun 1982, telah dilantik menajdi profesor penuh di unversiti. Kemudian, beliau dilantik menjadi Pengarah Pusat Islam. Beliau giat menulis pada tahun 1956. 

                Konsep perjuangan beliau dapat dilihat melalui hasil karya yang beliau hasilkan. Kekuatannya dalam karyanya ialah kekuatan sensitiviti dan imaginasinya sebagai seniman. Dari aspek gaya penulisan yang dibawa oleh beliau dalam karyanya, kita dapat lihat dimana penggunaan gaya bahasa seta teknik penulisan yang bersahaja. Beliau juga menggunakan perbandingan-perbandingan yang asli, kata-kata loghat Kedah dan perulangan ayat. Ini dapat meninggalkan kesan kepada pembaca dan memberikan suasana pembaca yang baik.

                Berikutan daripada hasil karya serta pengalaman beliau dalam dunia kesusasteraan ini telah membawa namanya ke persada dunia. Beliau juga banyak menerima anugerah-anugerah yang berkalibar.  


 

       


 

Comments

Popular posts from this blog

Novel Imam karya Abdullah Hussain

Juara karya S. Othman

S. Othman