Datuk Abdullah Hussain




 Abdullah Hussain merupakan salah seorang sasterawan negara yang berkecipung dalam dunia sastera. Beliau juga seorang penulis yang cukup polifik dan mempunyai pengalaman yang luas. Beliau dilahirkan pada 25 Mac 1920 di Sungai Limau Dalam, Yan , Kedah. Pengetahuan beliau dalam bidang bahasa dapat kita ukur melalui hasil karya yang beliau terbitkan. 

Pada tahun 1926, beliau mula belajar di Sekolah Melayu Sungai Limau dan lulus darjah V pada tahun 1931. Kemudian, beliau memohon untuk menjadi guru pelatih, malangnya permohonan tersebut ditolak. Maka, pada tahun 1932 sehingga tahun 1933, beliau menyambung pelajaran di Sekolah St. Michael, Alor Setar sehingga beliau lulus darjah VII pada tahun 1935.

                Beliau mula bekerja sebagai penolong penjaga stor dalam sebuah perusahaan lombong bijih di Pahang pada tahun 1939. Beliau mula giat menulis ketika beliau berhijrah ke Pulau Pinang dan mendapat dorongan daripada pengarang akhbar di tempat bekerjanya iaitu Ahmad Noor Abdul Shukoor. Kebolehan beliau dalam penulisan terselah apabila cerita bersirinya berjudul “Binti Penghulu” diterbitkan dalam akhbar Sahabat, disusuli dengan cerita “Harta dan Jodoh Menanti di England” sebanyak 38 siri. Pada tahun 1941 apabila Saudara ditutup, dua buah novel yang beliau diterbitkan. Novelnya tersebut adalah Kasih Isteri dan Dia…Kekasihku. 

                Akhir sekali, setiap karya yang dihasilkan oleh Abdullah Hussain mempunyai nilai tersendiri dan isu yang beliau bangkitkan dalam setiap karyanya. Setiap pembaca yang membaca karyanya pasti intipatinya menusuk kalbu.

Comments

Popular posts from this blog

Novel Imam karya Abdullah Hussain

Juara karya S. Othman

S. Othman