Anwar Ridhwan
Anwar Ridhwan, nama yang tidak assing dalam duni penulisan
kreatif. Beliau merupakan anak bongsu daripada enam orang adik-beradik. Beliau
dilahirkan pada 5 Ogos 1949 di Parit Satu Timur, Sungai Besar, Selangor. Beliau
mula mendapatkan Pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar pada
tahun 1956 sehingga 1962. Kemudian beliau meneruskan pendidikannya ke peringkat
menengah di Sekolah Ungku Aziz, Sabak Bernam dari tahun 1963 sehingga tahun 1967 dalam tingkatan. Beliau meneruskan
pendidikan ke tingakatan enam di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur. Pada tahu
1970, beliau diterima masuk ke Universiti Malaya dan menjadi mahasiswa di
Jabatan Pengajian Melayu sehingga beliau dapat menamatkan Ijazah Sarjana Muda
Sastera (Kepujian).
Setelah
tamat pengajian dalam ijazah sarjana muda, beliau bekerja sementara di Dewan
Bahasa dan Pustaka selama 3 bulan. Kemudian diserap sebagai Pegawai Penyelidik
Sastera (DBP). Di samping itu, beliau berpeluang mengikuti kursus penerbitan
buku di Universiti New York dan Amerika Syarikat. Pada tahun 1983, beliau
menerima Ijazah Sarjana Sastera (M.A) di Universiti Malaya berikutan tesisnya.
Pada tahun 1976, beliau telah menghasilkan
sebuah antologi cerpennya yang pertama iaitu Parasit. Beliau juga membawa
pembaharuan dalam antologi cerpennya yang kedua iaitu, Sesudah Perang pada
tahun 1978. Tema yang sering digarap oleh beliau dalam karyanya adalah nasib
watak-watak dalam kebudayaan di ambang kebudayaan baharu yang agresif,
materailistik dan individualistik.
Di
samping itu, novel pertama beliau yang bertajuk Hari-hari Terakhir Seorang
Seniman yang diterbitkan pada tahun 1979 telah memenangi Hadiah Peraduan
Mengarang anjuran Yayasan Sabah. Isu yang dibangkitkan dalam novel beliau
adalah konflik jiwa tokoh pellipur lara ikutan ancaman terhadap seni dan
idealnya. Selain itu, gamabran kehidupan orang kampung yang terpencil yang
bimbang akan akibat perang. Novel ini mendapat sorotan yang baik. Pada tahun
1985, beliau terbitkan novel keduanya yang bertajuk Arus yang membawa persoalan
semasa yang berlaku dalam masyarakat.
Akhir
sekali, pengalaman beliau dalam bidang sastera ini telah membuktikan kemahiran
serta kekreatifan beliau dalam menghasilkan karya yang amat cemerlang dari
pelbagai aspek.
Comments
Post a Comment