Novel Angin Timur Laut karya S. Othman Kelantan
Novel Angin Timur Laut adalah novel hasil pengkaryaan S.
Othman yang diterbitkan pertama kalinya pada tahun 1969. Novel ini bertemakan
kesusahan hidup para nelayan pesisir pantai dalam meneruskan kehidupan.
Pengarang mengisahkan fasa-fasa kehidupan harian seorang nelayan dalam menempuhi
rintangan dan cabaran yang dihadapi lebih-lebih lagi bila tibanya musim
tengkujuh pada bulan-bulan terakhir dalam kitaran setahun.
Di samping
itu, pengarang juga menekankan bahawa kemiskinan boleh mengubah perwatakan
manusia kepada sifat keji dan buruk seperti haiwan apabila seseorang itu terlalu
terdesak dalam kehidupan. Pengarang juga mengangkat wadah ketimuran yang
menjadi simbolik manusia pesisir di alam kelautan. Beliau juga menzahirkan
keprihatinannya terhadap nasib nelayan dan petani di pesisir pantai Timur.
Pengetahuna
dan pengalaman ini membantu beliau dalam pengkaryaan. Pemahaman terhadap musim
tengkujuh, Angin Timur Laut bererti cabaran, harapan dan memasang tekad yang
teguh bagi nelayan. Angi Timur Laut ini bersempena satu musim dimana nelayan menggantung
nyawa mereka di lautan demi sebuah rezeki.
Pengarang
juga membawa pembaca memahami dengan hati kehidupan seorang nelayan yang bukan
sahaja terikat dengan masalah persekitaran malah turut terlibat dengan masalah
yang melingkari diri mereka. Novel ini juga membawa konflik dimana nelayan
terpaksa mengharungi musim tengkujuh yang lebih dahsyat tetapi ia tidak
menghalang mereka dari menunaikan tanggungjawab mereka terhadap keluarga.
Istilah
dan ayat yang digunakan oleh S. Othman dalam novel ini sangat meluas dan terus
terang. Kata yang ditulis olehnya amat hebat dan padu dari segi penggunaannya.
Beliau juga menyelitkan kritikan halus.
Akhi sekali, apa yang boleh
dikatakan, novel ini membawa pembaca mendalami sisi kerjaya seorang nelayan
kecil di pesisir Pantai Timur yang boleh kita lihat dalam perjalanan mereka
dalam menghadapi musim tengkujuh. Kita juga dapat lihat faktor-faktor yang
mempengaruhi kehidupan nelayan. Dan pengarang juga membimbing pembaca terhadap
gambaran kehidupan nelyan dan petani pada zaman awal kemerdekaan yang
terperangkap dengan persekitaran sosial dan geografi.
Comments
Post a Comment