Kesan dan hasil pembelajaran kursus penglahiran bakat kreatif (BBK3410)

 Assalamualaikum semua dan salam sejahtera. Semoga kita semua dalam keadaan yang sihat dan limpahi rahmat.

Dalam suratan atau titipan terakhir ini, saya akan memberi maklum balas serta perkongisan yang telah saya lalui sepanjang tempoh mengikuti kursus Penglahiran Bakat Kreatif dengan kod kursus BBK3410. Kursus ini telah ditawarkan dalam subjek kuliah saya bagi sem 2 sesi 2021/2022.

                Pada mulanya, saya tertanya apa intipati kuliah ini yang bakal saya jalani dalam sem ini. Pelbagai idea yang bermain di fikiran saya sebelum mengikuti kuliah ini. Dan menjadi persoalan dalam minda saya. Apakah penglahiran bakat kreatif ini sebenarnya?. Setelah mengikuti kuliah ini pada hari pertama sesi perkuliahan secara dalam talian, saya ditanya oleh Dr. Kamariah. Apakah buku sastera yang pernah saya. Saya terdiam seketika mengimbau kembali buku sastera hinggakan saya terlupa selama sesi persekolahan di peringkat menengah, saya mempelajari pelajaran sastera sebenarnya. Sedar tidak sedar sahaja.

                Maka tempoh perkuliahan ini, kursus ini mengajar saya untuk melahirkan bakat kreatif yang terpendam dalam diri seseorang tanpa disedari. Kursus ini juga memberi pendedahan kepada saya untuk menyampaikan idea fikiran dalam minda dan dizahirkan dalam aksara tulisan.

                Di samping itu, kursus ini juga membuka minda pelajar tentang dunia sastera. Pada hakikatnya, ia sering wujud di sekeliling kita. Ketika mengikuti kuliah ini, saya berasa rendah kerana begitu banyak kosa kata, pengetahuan serta ilmu bahasa yang saya tidak ketahui. Tuahnya, kursus ini telah membuka jalan saya untuk lebih mendalam dunia kebahasaan dan kesusasteraan Melayu.

                Dalam kursus ini, saya dididik untuk menghasilkan beberapa karya yang datang dari jiwa sendiri. Antaranya, cerpen dan sajak. Hal ini demikian, wacana ini adalah satu cara kita untuk meluahkan isi hati kepada orang ramai melalui sebuah penulisan. Seperti apa yang saya pelajari, sebuah karya itu dihasilkan untuk mengajak pembaca kepada jalan kebaikan serta mendidik jiwa agar hidup dalam keredaan Ilahi.

                Ketika tempoh penghasilan karya saya, beberapa iktibar yang saya perolehi dalam penghasilan karya. Antaranya, kita harus komitmen dan keazaman tinggi. Kita juga perlu menerokai ilmu dan pengetahuan dari pelbagai sudut dan aspek semasa menghasilkan sebuah karya agar ia sesuai dan menjadi sebuah karya yang menarik dengan penggunaan kata dan mesej yang tepat. Saya berharap selama tempoh perkuliahan ini, saya tidak serik untuk menghasilkan karya-karya yang menarik di suatu hari nanti.

                Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang saya kasihi iaitu, Profesor Madya Dr. Kamariah binti Kamarudin yang banyak memberi sinaran dan bimbingan dalam perkuliahan penglahiran bakat kreatif ini yang amat singkat tempohnya. Saya mohon maaf atas kesilapan yang telah saya lakukan sepanjang tempoh pembelajaran. Semoga Dr. Kamariah sentiasa sihat dan di bawah lindungan rahmat Allah.

Sekian, terima kasih.


Comments

Popular posts from this blog

Novel Imam karya Abdullah Hussain

Juara karya S. Othman

S. Othman