Novel Angin Timur Laut karya S. Othman Kelantan
Novel Angin Timur Laut adalah novel hasil pengkaryaan S. Othman yang diterbitkan pertama kalinya pada tahun 1969. Novel ini bertemakan kesusahan hidup para nelayan pesisir pantai dalam meneruskan kehidupan. Pengarang mengisahkan fasa-fasa kehidupan harian seorang nelayan dalam menempuhi rintangan dan cabaran yang dihadapi lebih-lebih lagi bila tibanya musim tengkujuh pada bulan-bulan terakhir dalam kitaran setahun. Di samping itu, pengarang juga menekankan bahawa kemiskinan boleh mengubah perwatakan manusia kepada sifat keji dan buruk seperti haiwan apabila seseorang itu terlalu terdesak dalam kehidupan. Pengarang juga mengangkat wadah ketimuran yang menjadi simbolik manusia pesisir di alam kelautan. Beliau juga menzahirkan keprihatinannya terhadap nasib nelayan dan petani di pesisir pantai Timur. Pengetahuna dan pengalaman ini membantu beliau dalam pengkaryaan. Pemahaman terhadap musim tengkujuh, Angin Timur Laut bererti cabaran, harapan dan memas