Posts

Kesan dan hasil pembelajaran kursus penglahiran bakat kreatif (BBK3410)

 Assalamualaikum semua dan salam sejahtera. Semoga kita semua dalam keadaan yang sihat dan limpahi rahmat. Dalam suratan atau titipan terakhir ini, saya akan memberi maklum balas serta perkongisan yang telah saya lalui sepanjang tempoh mengikuti kursus Penglahiran Bakat Kreatif dengan kod kursus BBK3410. Kursus ini telah ditawarkan dalam subjek kuliah saya bagi sem 2 sesi 2021/2022.                 Pada mulanya, saya tertanya apa intipati kuliah ini yang bakal saya jalani dalam sem ini. Pelbagai idea yang bermain di fikiran saya sebelum mengikuti kuliah ini. Dan menjadi persoalan dalam minda saya. Apakah penglahiran bakat kreatif ini sebenarnya?. Setelah mengikuti kuliah ini pada hari pertama sesi perkuliahan secara dalam talian, saya ditanya oleh Dr. Kamariah. Apakah buku sastera yang pernah saya. Saya terdiam seketika mengimbau kembali buku sastera hinggakan saya terlupa selama sesi persekolahan di peringkat menengah, saya mempelajari pelajaran sastera sebenarnya. Sedar tidak sedar

Novel Angin Timur Laut karya S. Othman Kelantan

Image
  Novel Angin Timur Laut adalah novel hasil pengkaryaan S. Othman yang diterbitkan pertama kalinya pada tahun 1969. Novel ini bertemakan kesusahan hidup para nelayan pesisir pantai dalam meneruskan kehidupan. Pengarang mengisahkan fasa-fasa kehidupan harian seorang nelayan dalam menempuhi rintangan dan cabaran yang dihadapi lebih-lebih lagi bila tibanya musim tengkujuh pada bulan-bulan terakhir dalam kitaran setahun.                 Di samping itu, pengarang juga menekankan bahawa kemiskinan boleh mengubah perwatakan manusia kepada sifat keji dan buruk seperti haiwan apabila seseorang itu terlalu terdesak dalam kehidupan. Pengarang juga mengangkat wadah ketimuran yang menjadi simbolik manusia pesisir di alam kelautan. Beliau juga menzahirkan keprihatinannya terhadap nasib nelayan dan petani di pesisir pantai Timur.                 Pengetahuna dan pengalaman ini membantu beliau dalam pengkaryaan. Pemahaman terhadap musim tengkujuh, Angin Timur Laut bererti cabaran, harapan dan memas

S. Othman

Image
 S. Othman Kelantan adalah salah seorang sasterawan negara yang berbakat dalam pengarangan. Beliau bermula sebagai penulis daripada Utusan Kanak-kanak dan Tunas, kemudian Hiboran dan Mutiara. Dari terbitan puisi dan cerpen dalam majalah Hiboran dan Mutiara ini, beliau dapat mengembangkan karya kreatifnya. Natijahnya, beliau menjadi seorang yang terkenal dalam bidang ini.                Beliau dilahirkan pada 31 Disember 1983 di Tebing Tinggi, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan. Pendidikan awal yang beliau terima di Sekolah Melayu Sabak sehingga beliau lulus darjah V pada tahun 1950. Kemudian, beliau menyambung pengajian di darjah VI di Sekolah Melayu Rambutan Rendang. Pada tahun 1957, beliau berkhidmat sebagai guru terlatih dengan kelulusan Sijil Perguruan TUOS.                Beliau memperoleh kelulusan dalam Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1964 hasil daripada pembelajaran kendirinya serta peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan pada tahun 1971. Beliau meneruskan pengajiannya ke peri

Anwar Ridhwan

Image
  Anwar Ridhwan, nama yang tidak assing dalam duni penulisan kreatif. Beliau merupakan anak bongsu daripada enam orang adik-beradik. Beliau dilahirkan pada 5 Ogos 1949 di Parit Satu Timur, Sungai Besar, Selangor. Beliau mula mendapatkan Pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Sungai Besar pada tahun 1956 sehingga 1962. Kemudian beliau meneruskan pendidikannya ke peringkat menengah di Sekolah Ungku Aziz, Sabak Bernam dari tahun 1963 sehingga   tahun 1967 dalam tingkatan. Beliau meneruskan pendidikan ke tingakatan enam di Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur. Pada tahu 1970, beliau diterima masuk ke Universiti Malaya dan menjadi mahasiswa di Jabatan Pengajian Melayu sehingga beliau dapat menamatkan Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian).                 Setelah tamat pengajian dalam ijazah sarjana muda, beliau bekerja sementara di Dewan Bahasa dan Pustaka selama 3 bulan. Kemudian diserap sebagai Pegawai Penyelidik Sastera (DBP). Di samping itu, beliau berpeluang mengikuti kursus penerbitan

Datuk Abdullah Hussain

Image
  Abdullah Hussain merupakan salah seorang sasterawan negara yang berkecipung dalam dunia sastera. Beliau juga seorang penulis yang cukup polifik dan mempunyai pengalaman yang luas. Beliau dilahirkan pada 25 Mac 1920 di Sungai Limau Dalam, Yan , Kedah. Pengetahuan beliau dalam bidang bahasa dapat kita ukur melalui hasil karya yang beliau terbitkan.   Pada tahun 1926, beliau mula belajar di Sekolah Melayu Sungai Limau dan lulus darjah V pada tahun 1931. Kemudian, beliau memohon untuk menjadi guru pelatih, malangnya permohonan tersebut ditolak. Maka, pada tahun 1932 sehingga tahun 1933, beliau menyambung pelajaran di Sekolah St. Michael, Alor Setar sehingga beliau lulus darjah VII pada tahun 1935.                    Beliau mula bekerja sebagai penolong penjaga stor dalam sebuah perusahaan lombong bijih di Pahang pada tahun 1939. Beliau mula giat menulis ketika beliau berhijrah ke Pulau Pinang dan mendapat dorongan daripada pengarang akhbar di tempat bekerjanya iaitu Ahmad Noor Abdul

Novel Rantau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad

Image
  “Rantau Sepanjang Jalan” adalah novel yang dihasilkan oleh Shanon Ahmad pada tahun 1966, dan diterbitkan oleh Penerbit Abbas Bandung, Melaka. Novel ini membangkitkan isu kepayahan dan kemiskinan keluarga petani. Novel ini mengangkat erti kasih sayang, kekuatan, kegigihan, ketabahan dan perjuangan di dalam sekelompok masyarakat tani di desa. Selain itu, novel ini juga memupuk nilai kemiskinan melalui kesederhanaan, ketakwaan, kesabaran, keikhlasan, dan kejujuran seseorang ketika mengalami kesukaran dalam menjalani kehidupan di dunia. Kisah yang dibawakan oleh Shanon Ahmad dalam novel ini terdiri daripada sebuah keluarga, Lahuma dan isterinya Jeha bersama tujuh anak mereka iaitu Sanah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar, dan Kiah. Mereka sekeluarga berjuang dalam menguruskan sawah sebanyak 14 relung yang merupakan sumber kehidupan mereka. Lahuma merupakan ketua keluarga yang menyara keluarganya bertungkus-lumus mnguruskannya, walaupun hasil kadang-kadang tidak seberapa. Pada satu kejad

Juara karya S. Othman

Image
Novel Juara merupakan salah satu karya sastera yang telah dihassilkan oleh Sasterawan Negara S. Othman Kelantan. Isu atau idea yang diketengahkan oleh pengarang dalam penulisan novel Juara ini adalah isu politik Melayu yang telah disimbolkan dengan kisah perlagaan lembu. Beliau turut menyelitkan testimoni kekecewaan peribadinya. Novel ini berlatarbelakangkan kehidupan masyarakat di negeri Kelantan dan gaya hidup mereka.                 Dalam novel ini, pengarang memperlihatkan pemikiran tentang politik dan perjuangan orang Melayu. Lantaran itu, nivel ini menjadi refleksi politik Melayu pada waktu itu dimana terdapat pegolakan politik di negara. Istilah Juara yang dijadikan sebuah tajuk novel ini merujuk kepada seorang ‘pembasuh’ laga lembu yang mana merupakan satu permainan yang diminati oleh masyarakat Siam ketika itu.                 Di samping itu, S. Othman juga mengangkat beberapa mesej yang disampaikan dalam penulisan novel ini. Antara mesej yang dapat kita lihat dalam karya

Novel Ayahanda karya Azizi Haji Abdullah

Image
  Novel bertajuk “Ayahanda” ini adalah salah satu karya yang ditulis olah Azizi Haji Abdullah. Pengarang membawakan latar belakang masa pada tahun 60-an sehigga tahun 80-an. Dalam novel ini, Azizi Haji Abdullah memaparkan sosio eknomi orang melayu di kampung, di samping menyelitkan kasih dan perasaan seorang bapa terhadap anak-anaknya.                 Pengarang juga membangkitkan kritikan sosial dalam hubungan kekeluargaan, malah menimbulkan persoalan perihal bagaimana bakat muda seharusnya menghargai bakat tua. Hal ini menjadi satu konflik dimana Jemaah kampung tidak dapat menerima khtubah dari seorang imam tua di masjid yang beliau lazimi.                 Kisah yang dipersembahkan dalam novel ini begitu memberi impak yang tinggi dalam jiwa anak muda. Teladan yang saya perolehi dalam karya ini adalah walaupun kita mempunyai pandangan yang bertentangan dengan bapa kita. Sebagai seorang anak dan beragama islam, kita harus menghormatinya dengan hati yang rendah. Kita juga boleh menyu

Novel Imam karya Abdullah Hussain

Image
  Novel ‘Imam’ merupakan salah satu karya yang dihasilkan oleh Abdullah Hussain pada tahun 1995. Abdullah Hussain telah membawakan watak imam dalam novel ini. Kisah yang berkisarkan tentang perjuangan seorang imam dalam membawa perubahan di kampungnya sendiri merupakan agenda yang dipersembahkan dalam novelnya. Namun perjuangan imam tersebut mendapat tentangan yang hebat dari penduduk kampung. Hal ini kerana imam tersebut yang bernama Haji Mihad yang sekian lama tidak pulang ke halaman kampugnya kerana mengiktui angkatan tentera di Sarawak. Dan ia menggelisahkan jiwa sesetengah penduduk kampung tersebut.                 Dalam penceritaan ini, pembaharuan yang ingin dilakukan oleh Haji Mihad itu atas faktor kesedaran dan keprihatinannya terhadap kampung tersebut. Namun, ia menjadi satu persoalan yang besar dan penting sehinggakan pihak Majlis Agama turut turun pandang meninjau segala perubahan yang dilakukan. Segala tindak tanduk yang dilakukan oleh imam tersebut sentiasa diawasi oleh

Novel Rimba Harapan karya Keris Mas

Image
                    Novel Rimba Harapan ini berlatarbelakangkan Ketari, Bentong dan Janda Baik dalam dekad 1920-an dan 1930-an. Betapa tergugatnya kehidupan sosial, ekonomi dan kepercayaan orang Melayu oleh dasar penjajahan memaksa peluasan penanaman getah dan industri perlombongan bijih secara besar-besaran selepas Perang Dunia Pertama dan betapa bencana alam membantu dasar Inggeris ini mempengaruhi dan menghancurkan ketenteraman cara hidup orang Melayu hingga lari meneroka hidup baru ke hutan-hutan. Janda Baik diteroka dan dibuka dengan kegigihan dan penderitaan orang Melayu. Semuanya membuka mata dan fikiran tentang tafsiran sejarah yang penting yang mengubah cara berfikir dan sikap orang Melayu.

Novel Sukma Angin karya Arena Wati

Image
  “Sukma Angin” adalah sebuah novel yang dikarang oleh sasterawan negara iaitu Arena Wati pada tahun 1999.  Novel ini menyingkap beberapa sejarah yang menjadi titik permulaan dalam sebuah kehidupan. Penulisan novel ini mengenai Melayu yang mula kehilangan jati dirinya atau akar sejarah yang diremangi oleh ekstasi kehidupan terkini yang cuba memadamkan semangat nassionalisme.                 “Sukma Angin” merupakan sebuah Riwayat kapal besar dan ilmu tradisi mengenai laut dan kapal itu sendiri. Sikap pelaut Makasar ditampilkan melalui watak dan perwatakan Nakhoda Supuk dan Nakhoda Saparak yang nantinya berjaya mengubah pendirian anak muda seperti Darusi dan Dauda untuk mengikut jejak langkah mereka dalam mengendalikan pelayaran. Sebagai orang tua yang banyak pengalaman kedua-dua nakhoda ini tidak pernah bersikap keras sewaktu menerangkan tugas seorang nakhoda kepada darusi yang sentiasa menolak segala insur magis yang melatari ilmu yang dimiliki oleh kedua-dua nakhoda tersebut. Mereka s

Novel Sungai Mengalir Lesu karya A. Samad said

Image
  Novel bertajuk “Sungai Mengalir Lesu” ini merupakan salah satu hasil karya yang dihassilkan A. Samad Said yang merupakan salah satu tokoh sasterawan negara yang berbakat dalam bidang sastera. Novel ini dibawa sebagai novel realisme sosial dimana ia mengangkat masyarakat yang mengalami penderitaan seperti buruh, nelayan dan petani. Fahaman ini lebih kepada tingkah laku sosialis.                 Kisah dalam novel ini berlatarbelakangkan Perang Dunia Kedua. Hal ini dimana, penaklukan Jepun ke atas Singapura dari tahun 1942 sehingga tahun 1945 setelah kejatuhan Inggeris. Penceritaan yang dibawakan oleh A. Samad Said lingkaran daripada sebuah masyarakat yang berbilang kaum yang hidup dalam ketakutan saban hari dengan junaman bom B24 dan B29 yang jatuh meletupkan tempat perlindungan mereka. Sehinggakan mereka terpaksa berserah kepada takdir dan nasib mereka.                 Watak-watak yang dimainkan dalam novel ini merupakan mangsa peperangan yang miskin dan tertindas. Oleh itu, penga

Novel Srengenge karya Shanon Ahmad

Image
       Novel yang bertajuk “Srengnge” merupakan karya hasil sasterawan negara iaitu Shanon Ahmad. Novel ini telah diterbitkan pada tahun 1973. Kemudian novel ini telah terpilih sebagai novel terbaik pada tahun yang sama buku ini telah diterbitkan. Perkataan “srengenge” ini berasal dari bahasa Jawa kuno yang bermaksud matahari menurut penerangan dari Shahnon Ahmad. Nama srengenge ini diambil sempena nama sebuah bukit iaitu Bukit Srengenge. Bukit ini dapat dilihat di Sik, Kedah, tempat kelahiran Shanon Ahmad. Namun, penduduk kampung di situ memanggilnya dengan nama Bukit Enggang. Kemudian, Shanon Ahmad telah menukarkan nama Enggang kepada Srengenge.        Novel ini mengisahkan sebuah masyarakat Melayu kampung yang percaya kepada kewujudan semangat halus atau penunggu di Bukit Srengenge. Selain itu, terdapat perbalahan yang tercetus di antara dua kumpulan masyarakat di bukit tersebut. Antara kumpulan tersebut, iaitu kelompok yang kuat mempertahankan kepercayaan lama mereka iaitu animis

Shahnon Ahmad

Image
Shanon bin ahmad nama diberi yang dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Banggul Derdap, Kedah. Beliau merupakan pengarang dalam kesusasteraan melayu yang terkenal dengan pelbagai hasil karya yang mengetengahkan pelbagai idea fikiran. Beliau terkenal dalam bidang ini disebabkan oleh bakat seni, keseriusan dan mempunyai falsafah sendiri. Sifat-sifat sedemikian telah menampakkan diri beliau sebagai seorang sasterawan yang unggul.                 Beliau mendapat Pendidikan awal di sekolah Melayu di Sik dan lulus darjah V pada tahun 1946. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran di Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar sehingga lulus Sijil Persekolahan. Beliau merupakan seorang guru ingeeris yang mengajar di Grammar English School, Terengganu pada tahun 1954. Beliau bertugas sebagai Pegawai Tentera di Port Dickson bermula dari tahun 1955 sehinggan 1956. Terjadi sebuah kemalangan yang mendetikkan hati beliau untuk berhenti dari lapangan tentera. Oleh itu, beliau kembali memikul tanggungjawab seb